PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 6.15% bagi kedua-dua akaun konvensional dan syariah untuk 2025, sedikit rendah berbanding 6.3% bagi kedua-dua akaun pada 2024.
KWSP mengagihkan RM79.6 bilion dividen kepada ahlinya – RM67.1 bilion kepada pemegang akaun konvensional dan RM12.5 bilion kepada pemegang akaun syariah.
Dividen berkenaan akan dikreditkan selewat-lewatnya esok.
