KUALA LUMPUR: Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil mengalu-alukan pelantikan Hannah Yeoh sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), menyifatkan beliau pilihan sangat tepat bagi menggalas peranan tersebut.
Fahmi, yang juga menteri komunikasi, percaya antara keutamaan untuk Yeoh tertumpu pembangunan lestari dalam Wilayah Persekutuan.
“Ini saya rasa pilihan yang sangat tepat,” katanya selepas merasmikan majlis penyampaian anugerah biasiswa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di Pusat Dagangan Dunia.
