MatchPoint Times

Home

Laporan: Dua exco dari PAS, Bersatu antara calon MB Perlis

Cover Image for Laporan: Dua exco dari PAS, Bersatu antara calon MB Perlis

Media melaporkan mereka adalah Azmir Azizan dan Abu Bakar Hamzah.

PETALING JAYA: Adun Santan Azmir Azizan dari PAS yang juga exco kanan kerajaan Perlis disebut-sebut antara calon berpotensi mengisi kerusi menteri besar Perlis yang dikosongkan Shukri Ramli, kelmarin.

Beliau dikatakan mendapat sokongan PAS Pusat, selain dikenali antara individu yang rapat Shukri, menurut laporan BH yang turut memetik sumber mendedahkan calon dari Bersatu adalah Adun Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah.

Abu Bakar dilihat menjadi pilihan berdasarkan prestasi cemerlang sebagai exco kerajaan Perlis selain kedudukan kukuh sebagai ketua Bersatu Perlis merangkap timbalan pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri.

Tags:Abu Bakar HamzahAzmir AzizanBersatuPASPerlis


Polis tahan suspek terlibat kejadian letupan di Nilai

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata suspek ditahan dan dihantar ke hospital kerana cedera.

🟡Bernama

PAS tak boleh terima tindakan Adun tarik sokongan kerajaan PN

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkembangan di Perlis itu wajar dibincangkan dalam majlis tertinggi gabungan terbabit.

🟡Mohamad Fadli