PUTRAJAYA: Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan sepanjang musim perayaan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli berkata larangan itu berkuat kuasa dua hari sebelum perayaan berkenaan, iaitu pada 14 dan 15 Feb serta pada 21 dan 22 Feb.
Beliau berkata semua pengusaha dan pemandu kenderaan terlibat dinasihatkan agar mematuhi ketetapan ini dengan sebarang aduan berkaitan kesalahan lalu lintas boleh disalurkan melalui Aplikasi MyJPJ menerusi e-Aduan@JPJ atau emel aduantrafik@jpj.gov.my.
