SANDAKAN: Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menahan 238 pendatang tanpa izin dalam empat serbuan menerusi Op Sapu dan Op Mahir di sini hari ini.
Pengarah JIM Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yusof berkata operasi dari 1.30 pagi hingga 12 tengah hari tadi itu melibatkan kawasan penempatan setinggan Batu 8 dan Batu 10 serta sebuah tapak pembinaan dan kilang kayu.
“Mereka ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 seperti tiada dokumen diri yang sah, tinggal lebih masa serta menyalahgunakan pas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.