MatchPoint Times

Home

Lebih 2,000 KIR berjaya keluar status miskin di Selangor, kata exco

Cover Image for Lebih 2,000 KIR berjaya keluar status miskin di Selangor, kata exco

V Papparaidu berkata intervensi berfokus dilaksana dalam usaha menjadikan Selangor sifar miskin menjelang 30 Jun ini.

SHAH ALAM: Seramai 2,233 ketua isi rumah (KIR) telah keluar daripada status miskin setakat ini iaitu penurunan 38.35%, sekali gus menghampiri sasaran sifar miskin di Selangor menjelang 30 Jun depan.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu, berkata berdasarkan data pendapatan garis kemiskinan (PGK) 2024 pada 15 Jan, seramai 5,822 KIR dikenal pasti miskin namun hasil intervensi berfokus serta kerjasama pelbagai pihak jumlah tersebut berjaya dikurangkan kepada 3,589 KIR setakat 20 Feb.

“Daripada 3,589 KIR yang masih miskin, seramai 2,102 merupakan golongan produktif berusia 15 hingga 64 tahun, termasuk 1,422 yang telah bekerja, tetapi belum melepasi PGK manakala 589 lagi tidak bekerja dan tiada kemahiran serta 91 tidak bekerja, namun berkemahiran.

Tags:ketua isi rumahSelangorsifar miskinTURUNV Papparaidu


Netflix surges as investors cheer decision to exit Warner Bros race

The decision was welcomed by investors as shares of the streaming giant had shed more than 18% since it announced its deal with Warner Bros on Dec 5.

🟡Reuters

Supplementary electoral roll up for review

The roll contains the details of 38,705 citizens aged 18 and above who were automatically registered as new voters in January.

🟡Bernama