SHAH ALAM: Kerajaan Selangor giat menjalankan pengosongan ladang ternakan babi dengan hanya lebih 30 ladang masih beroperasi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, berbanding 115 dilaporkan sebelum ini, susulan langkah penambahbaikan pengurusan penternakan.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, berkata langkah itu sebahagian daripada dasar negeri bagi memastikan pengurusan ladang babi dilaksanakan secara lebih teratur, mampan dan selaras aspek kesihatan awam serta alam sekitar.
“Dalam (mesyuarat) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), saya telah membentangkan cadangan penambahbaikan dan semua pihak bersetuju. Saya juga akan mengadakan satu lagi dialog selepas ini dengan masyarakat serta persatuan-persatuan Cina untuk memberikan kefahaman.
