SEOUL: Lee Jae-myung secara rasmi memulakan penggal lima tahun sebagai presiden Korea Selatan pada Rabu, susulan pengesahan kemenangannya dalam pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC), lapor Agensi Berita Yonhap.
Lee secara rasmi mengambil alih jawatan sebagai presiden pada 6.21 pagi, sejurus selepas kelulusan rasmi daripada NEC dalam satu sesi pleno.
Beliau memegang jawatan tertinggi negara tanpa melalui tempoh peralihan, memandangkan pilihan raya awal telah diadakan pada Selasa bagi menggantikan bekas Presiden Yoon Suk Yeol, yang digugurkan selepas percubaan untuk melaksanakan undang-undang tentera gagal.