MELAKA: Polis menahan seorang lelaki disyaki melarikan gadis orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran yang dilaporkan hilang di Taman Rambai Idaman, dua hari lalu.
Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata peniaga berusia 40 tahun yang memandu kereta Perodua Kelisa itu ditahan kira-kira 4 pagi tadi di tepi Jalan Jati, Sungai Petani, Kedah.
Beliau berkata, suspek yang tinggal di sini mengaku membawa gadis berusia 17 tahun itu untuk bersiar-siar di Seremban, Ipoh, Bukit Mertajam dan Baling.