MatchPoint Times

Home

Lelaki cedera kereta api langgar motosikal troli di Sabah

Cover Image for Lelaki cedera kereta api langgar motosikal troli di Sabah

Polis berkata kereta api itu melanggar empat motosikal troli penduduk yang berada di landasan dalam kejadian 8 pagi tadi.

TENOM: Seorang lelaki cedera ringan selepas kereta api Tenom-Pangi yang membawa beberapa penumpang hilang kawalan akibat masalah brek sebelum melanggar motosikal troli penduduk yang berada di landasan dalam kejadian di Batu 11, Pangi, hari ini.

Ketua Polis Tenom, Azmir Abd Razak, berkata makluman awal mendapati kereta api itu telah melanggar empat motosikal troli penduduk yang berada di landasan berkenaan dalam kejadian 8 pagi tadi.

Beliau berkata, banjir dan tanah runtuh di pertengahan laluan landasan kereta api Tenom-Pangi menyebabkan perkhidmatan pengangkutan hanya setakat Batu 11 dan penduduk yang jauh terpaksa mencari alternatif sama ada menaiki motosikal troli atau berjalan kaki.

Tags:ApikeretaPangiPolisSabahterbabas


Rancangan Hamzah terajui parti baharu tak gugat Bersatu, kata pemimpin

Bersatu selama ini kekal utuh hadapi krisis termasuk penubuhan parti seperti Pejuang dan Muda oleh bekas ahli sebelum ini, kata Rafiq Abdullah.

🟡Faiz Zainudin

PAC urges Felcra to reconsider 30,000ha land bank target

The committee says Felcra has achieved only 13% of the target.

🟡Bernama