MatchPoint Times

Home

Lelaki diberi RM7.4 juta atas kehilangan anggota

Cover Image for Lelaki diberi RM7.4 juta atas kehilangan anggota

Mahkamah beri RM6.4 juta kepada K Vimal Raj untuk pembelian lengan robotik dan kaki robotik.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menganugerahkan RM7.4 juta kepada seorang lelaki yang menjalani beberapa pembedahan enam tahun lalu, sebagai ganti rugi dalam saman kecuaian perubatan yang difailkan terhadap sebuah hospital kerajaan dan doktor-doktornya.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.4 juta diberikan kepada K Vimal Raj, 22, untuk pembelian satu lengan robotik dan dua kaki robotik.

Sebanyak RM213,000 pula diberikan untuk kesakitan dan penderitaan yang dialami akibat beberapa pemotongan anggota badan. Selain itu, RM180,000 untuk penjagaan di rumah dan RM20,000 lagi sebagai ganti rugi teruk.

Tags:cacatganti rugimahkamah


Suspek kes tembak rancang serangan bersama adik, kata polis

Polis ketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan adik suspek kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok.

🟡Bernama

19 pemilik diarah kosong tanah terbabit WCE dalam 7 hari

Arahan dikeluarkan selepas rundingan penyelesaian dimuktamadkan pada mesyuarat yang turut babit penduduk dan agensi berkaitan, kata exco Selangor.

🟡FMT Reporters