PETALING JAYA: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan mencederakan suami kepada bekas isterinya menggunakan parang pada 16 Julai lepas.
Nik Mohd Helmy Raja Sulong, 38, dituduh sengaja menyebabkan mangsa cedera parah dengan menggunakan sebilah parang di tepi jalan di Kampung Pulau Raja Kubang Kerian dalam kejadian pada 3 pagi itu.
Pembantu perawatan di sebuah hospital itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.