MatchPoint Times

Home

Lelaki didenda RM2,500 kerana guna parang ugut kakak tak kejut tidur

Cover Image for Lelaki didenda RM2,500 kerana guna parang ugut kakak tak kejut tidur

Berdasarkan fakta kes, tertuduh berang kerana kakaknya tidak mengejutkan dia untuk menghantar ibu mereka menjalani rawatan kencing manis di hospital.

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Batu Pahat menjatuhkan denda RM2,500 kepada seorang lelaki yang mengaku bersalah mengugut akan mencederakan kakak kandungnya menggunakan parang kerana tidak mengejutkannya daripada tidur.

Harian Metro melaporkan Majistret Arun Noval Dass menjatuhkan hukuman itu ke atas Zainul Ariffin Mohd Jaid, 32, selepas mengambil kira pengakuan dan rayuannya serta hujahan pihak pendakwaan.

Dia didakwa sengaja menakutkan kakak kandungnya berusia 44 tahun dengan mengacu sebilah parang ke arah wanita itu di sebuah rumah di Sri Merlong, Rengit pada 1.40 tengah hari 1 Mac lalu.

Tags:kakakkejut tidurmahkamahmengaku salahparangtertuduhugut


Piastri cool on prospects of breakthrough win at Australian Grand Prix

Oscar Piastri is bidding to become the first home winner in Australia but feels the outlook is ‘not as positive’ as last year.

🟡Reuters

The US’s reliability and responsibility is now in question

The world superpower’s attack on Iran shows it up as a lackey of Israel.

🟡Letter to the Editor