PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh wanita yang ditemui terbaring dengan pendarahan di kepala di depan sebuah sekolah di Sentul, Kuala Lumpur, semalam.
Suspek yang juga penganggur berusia 46 tahun akan direman hari ini.
Ketua Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata terdahulu pihakya menerima maklumat pada 7.20 pagi semalam memaklumkan penemuan mangsa yang sudah meninggal dunia di lokasi berkenaan.
