PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan polis sebelum dadah dianggarkan bernilai RM1.6 juta berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Mulia, Batu Pahat, Rabu lepas.
Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, suspek ditahan pada 7.45 malam susulan maklumat dan risikan serta disyaki aktif melakukan kegiatan mengedar dadah sejak sebulan lepas.
Katanya, siasatan lanjut menemukan serbuk disyaki dadah jenis ekstasi seberat 9.4kg dianggar bernilai RM1.58 juta dan dadah disyaki ketamin seberat 460 gram dianggar berjumlah RM23,000.