PETALING JAYA: Seorang lelaki maut dalam kebakaran di tingkat 26 sebuah kondominium di Mont Kiara, Kuala Lumpur, malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan diterima melalui sistem NG999 berhubung kebakaran di Kondominium Tiffani Kiara.
Katanya, operasi pemadaman berdepan kesukaran kerana sistem pencegah kebakaran bangunan tidak berfungsi dengan baik yang memaksa pasukan bomba menggunakan dua pam angkut dan pam jentera bagi menyalurkan air ke unit rumah terbabit.
