PETALING JAYA: Bekas pengawal peribadi yang menyamar anggota polis dipenjara enam tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah menyamun sebuah motosikal serta menyebabkan kecederaan kepada penunggangnya, bulan lalu.
Mohd Faizal Sinorcho, 40, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Najwa Che Mat di Mahkamah Sesyen Sungai Petani.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu menyamun sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki, dan sengaja menyebabkan kecederaan kepada lelaki berkenaan di Jalan Cindai Bandar Puteri Jaya di sini pada 12.45 pagi, 9 Feb lepas.
