PETALING JAYA: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, dalam kejadian minggu lalu.
Tertuduh, Jasri Ismail, 36, yang bekerja sebagai buruh, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean, lapor Berita Harian.
Berdasarkah kertas pertuduhan, dia didakwa menculik seorang kanak-kanak lelaki dari bawah penjagaan bapanya berusia 42 tahun di tempat letak kenderaan Masjid Kampung Banggol Pokok Sena, Kepala Batas pada kira-kira 8.20 malam, 30 Mac lalu.