KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan serangan ketika perhimpunan Global Sumud Flotilla pada Oktober.
Isa Hazmi Zulkifli, 32, dituduh mencederakan seorang lagi peserta perhimpunan tersebut di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak, pada kira-kira 1.30 tengah hari.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
