PETALING JAYA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 45 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Keningau hari ini selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang juga remaja lembam.
Petani berusia 40 tahun itu dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puji, menurut Sinar Harian.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa merogol anak perempuannya yang ketika itu berusia 13 tahun di tepi kebun getah di sebuah kampung di Tambunan, kira-kira 5 petang, pada Jun 2023.