SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas seorang ahli perniagaan selepas menyemak semula hukuman Mahkamah Majistret berkaitan kes serangan terhadap seorang warga emas bulan lalu.
Insiden itu tular selepas rakaman videonya tersebar luas.
Hakim Aslam Zainuddin menetapkan hukuman penjara tersebut terhadap Saiful Adli Yusof, 52, dalam prosiding semakan semula membabitkan dua pertuduhan, iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah terhadap Liew Khoon Foo, 70.
