PETALING JAYA: Seorang warga Singapura didenda RM1,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan menumbuk seorang pengunjung pusat hiburan yang didakwa mengganggu isterinya.
Harian Metro melaporkan Seah Yan Sheng Romeo, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Arun Noval Dass, yang turut memerintahkannya dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.
Tertuduh kemudian membayar denda berkenaan.
