PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai memukul dan menendang warga emas selepas mereka terbabit dalam kemalangan kecil di Cheras, semalam.
Ketua Polis Kajang, Nazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada 4.49 petang semalam daripada mangsa lelaki yang juga pesara berusia 69 tahun yang mendakwa turut diugut suspek di lokasi.
“Kita telah menahan suspek berusia 52 tahun di sekitar Kajang pada 11.30 malam semalam.
