PETALING JAYA: Upko Penampang mendesak presiden parti, Ewon Benedick, agar meletak jawatan menteri sekiranya Jabatan Peguam Negara (AGC) meneruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung hak Sabah ke atas 40% hasil persekutuan diperoleh daripada negeri itu.
Desakan itu dibuat menerusi satu resolusi yang diluluskan dalam konvensyen bahagian itu hari ini, yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Upko Donald Peter Mojuntin.
Menurut laporan Borneo Daily Bulletin, resolusi itu menyokong penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam semakan kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society.
