PETALING JAYA: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka mula beroperasi 31 Dis ini.
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata projek itu kini dalam fasa akhir ujian dan pentauliahan untuk menjamin keandalan dan keselamatan, lapor Bernama.
Bagaimanapun, tarikh pembukaan LRT3 tertakluk kepada hasil ujian bagi memastikan tidak berlaku apa-apa gangguan teknikal, kata Loke ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat.
