KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Bryan Foong Chee Yeong sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) perniagaan penerbangan dan Low Wen Long sebagai ketua pegawai strategi kumpulannya, berkuat kuasa 1 Feb.
Kumpulan syarikat penerbangan itu berkata, Foong akan bertanggungjawab menerajui hala tuju strategik dan prestasi portfolio syarikat penerbangan global dan segmen MAG, termasuk Malaysia Airlines, Firefly dan Amal.
Foong kini berkhidmat sebagai ketua pegawai strategi kumpulan MAG.
