KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Sdn Bhd, Abu Sahid Mohamed, diberikan pelepasan pasport sementara bagi urusan perjalanan ke United Kingdom (UK).
Abu Sahid, 74, sedang dibicarakan atas lima pertuduhan pecah amanah jenayah dan 13 pertuduhan pengubahan wang berkaitan projek pembinaan sambungan Lebuhraya Maju (MEX).
Hakim Suzana Hussin membenarkan beliau mendapat pasportnya selama 17 hari, bermula 12 Jan untuk ke UK bagi mendaftarkan anak perempuan di sebuah universiti di London.
