PETALING JAYA: Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyeru agar media melaporkan keputusan mahkamah secara tepat dan holistik, merujuk laporan-laporan yang memberi gambaran bahawa Mahkamah Persekutuan membatalkan sepenuhnya Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama 2014.
Presidennya, Muhamad Hisham Marzuki berkata, laporan sedemikian tidak tepat, mengelirukan, dan tidak menggambarkan keputusan dan alasan penuh mahkamah, lapor Harakah Daily.
“Mahkamah tidak membatalkan keseluruhan fatwa, sebaliknya membuat keputusan yang terperinci dengan mengesahkan sebahagian dan mengetepikan sebahagian yang lain.