KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner secara tentatif bercadang mengadakan sesi ‘locus in quo’ iaitu lawatan ke lokasi kejadian berkaitan kes kematian Zara Qairina Mahathir di bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, minggu depan.
Peguam Shahlan Jufrim mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, berkata tarikh tepat lawatan ke asrama sekolah itu belum diputuskan.
“Dijangkakan kita akan melawat Sekolah (MKA) Tun Datu Mustapha sekali lagi pada minggu depan, tetapi tarikh akan ditentukan kemudian,’ katanya kepada pemberita selepas prosiding inkues kes itu dijalankan tertutup.
