KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menetapkan 1 Oktober untuk mendengar permohonan kerajaan bagi melucut hak wang tunai dirampas daripada sebuah rumah selamat didakwa mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.
Hakim Suzana Hussin menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini selepas peguam mewakili Ismail dan bekas setiausaha politiknya, Anuar Yunus, memaklumkan kepada mahkamah mereka berhasrat membalas permohonan pelucuthakan itu.
Peguam Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah mereka memerlukan tiga minggu untuk memfailkan jawapan.