PETALING JAYA: Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) menegur sikap kurang sopan segelintir peguam semasa prosiding di hadapannya.
Dalam mesyuarat jawatankuasa perundingan antara Presiden MPM Jeffry Kassim dengan Majlis Peguam, pengerusi-pengerusi mahkamah dan pihak berkepentingan lain baru-baru ini, MPM berkata, terdapat insiden di mana peguam tidak kekal menunjukkan sikap hormat di dalam mahkamahnya.
Menurut pekeliling Majlis Peguam yang dilihat oleh FMT, mahkamah itu berkata, segelintir peguam gagal mematuhi tatasusila dan kesantunan professional di hadapan pengerusi-pengerusi mahkamah perusahaan.