PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan pemecatan seorang bekas penolong pegawai penguat kuasa sebuah majlis daerah di Kedah atas pelbagai tuduhan salah laku, termasuk penggunaan gelaran darjah kebesaran negeri tanpa kebenaran.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim S Nantha Balan berkata, hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf apabila menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh Fakrurzy Aroff terhadap lembaga tatatertib Majlis Daerah Padang Terap.
“Setelah meneliti rekod rayuan dan mempertimbangkan hujahan, kami dapati tiada merit dalam dakwaan ketidakwajaran prosedur atau pelanggaran prinsip keadilan asasi,” kata Nantha Balan.