PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati pengulas politik Murray Hunter bertanggungjawab atas tuduhan fitnah dalam saman sivil yang difailkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
SKMM memaklumkan, keputusan mahkamah itu mengesahkan pendiriannya bahawa meskipun individu bebas menyuarakan pandangan, ‘kebebasan tersebut perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan mengikut lunas undang-undang’.
“Hak kebebasan bersuara tidak terpakai bagi perbuatan membuat kenyataan palsu, berniat jahat atau memfitnah yang menjejaskan reputasi pihak lain,” kata SKMM dalam kenyataan.