MatchPoint Times

Home

Mahkamah tolak rayuan pendakwah lanjut tempoh tauliah

Cover Image for Mahkamah tolak rayuan pendakwah lanjut tempoh tauliah

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Majlis Agama Islam Selangor berhak menetapkan peraturan menghalang pendakwah terbabit dalam politik.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan Malaysia menolak rayuan pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani, untuk memaksa Majlis Agama Islam Selangor (Mains) melanjutkan tauliah mengajarnya yang tamat tempoh tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Zaini Mazlan berkata mahkamah tidak boleh menggantikan keputusan pihak berkuasa awam dalam perkara melibatkan budi bicara.

“Perintah mandamus yang dipohon akan memaksa pelaksanaan suatu kewajipan awam yang masih berkuat kuasa. Ia tidak boleh menghidupkan semula kelulusan yang telah luput melainkan wujud kewajipan statutori untuk mengembalikannya,” katanya.

Tags:Ahmad Dusuki Abd RaniMahkamah RayuanMainsMajlis Agama Islam Selangorpenceramahtauliah mengajarustaz Dasuki


Cops looking for housemate who molested woman in her sleep

Police say the suspect fled after hotel manager woke up and screamed.

🟡FMT Reporters

Online crime cases nearly double in 2025, resulting in RM3bil losses

The number of cases increased to more than 66,000 in 2025, compared with 35,000 cases the previous year.

🟡FMT Reporters