PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mendakwa laporan peratusan mengundi rendah pada pemilihan Majlis Peguam bagi penggal 2026-2027 kerana institusi itu dilihat terlalu ‘partisan’.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi mendakwa majoriti peguam tidak lagi berminat dengan organisasi terbabit.
“Bar Council (Majlis Peguam) terlalu ‘partisan’, memihak dan lebih politik daripada parti politik.
