PETALING JAYA: Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara perlu diberi kuasa untuk menegur secara terbuka tokoh awam termasuk ahli politik yang mengeluarkan pandangan berbaur ekstrem, provokatif atau bersifat perkauman, kata bekas timbalan menteri perpaduan Ti Lian Ker.
Ti berkata agensi penguat kuasa juga mesti diwajibkan memberi perhatian kepada syor majlis dan mengambil tindakan sewajarnya yang menurutnya jika tidak fungsinya hanya sekadar hiasan atau kosmetik.
Bekas timbalan menteri perpaduan dari Mei 2020 hingga Ogos 2021 itu berkata keharmonian kaum semakin terjejas akibat retorik perkauman kebelakangan ini.
