ALOR SETAR: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan bermesyuarat dalam seminggu lagi untuk membincangkan calon perdana menteri gabungan itu bagi PRU16, kata pengerusinya, Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang diumumkan Bersatu sebagai calon perdana menteri minggu lalu, berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan diadakan sebaik sahaja Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempunyai masa.
Katanya, Hadi perlukan masa berehat daripada Muktamar PAS ke-71 yang berakhir esok.