PETALING JAYA: Malaysia Airlines membatalkan penerbangan dari dan ke Qatar serta Arab Saudi hari ini dan esok susulan serangan udara bersama Israel-Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.
Malaysia Aviation Group berkata, penerbangan dari dan ke Doha, Jeddah serta Madinah dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian Timur Tengah.
Lima penerbangan yang dibatalkan hari ini membabitkan MH160 ke Doha, MH156 ke Jeddah, MH158 ke Madinah, MH159 dari Madinah dan MH161 dari Doha.
