KUALA LUMPUR: Malaysia memikul amanah Kepengerusian Asean 2025 pada ketika dunia berdepan keresahan dan ketidaktentuan, namun rantau ini memilih untuk kekal berpaut pada semangat kebersamaan, dialog dan saling menghormati, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar selaku pengerusi Asean 2025 berkata, Sidang Kemuncak Asean Ke-46 dan Ke-47 menjadi ruang penting untuk menyatukan pandangan serta merapatkan jurang antara negara anggota dalam menghadapi pelbagai cabaran serantau dan global.
“Tahun ini turut mencatat detik bersejarah apabila Timor-Leste diterima sebagai keluarga baharu Asean,” katanya.
