KUALA LUMPUR: Pelancaran NurAI, aplikasi patuh syariah pertama di dunia menjadi penyelesaian teknologi bagi menangani ketidaktepatan fakta berkaitan fatwa dan hukum Islam yang kerap disebarkan menerusi kandungan kecerdasan buatan (AI) di platform Barat.
Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, berkata NurAI yang berkonsepkan large language model (LLM) dan dibangunkan sepenuhnya berasaskan nilai Islam itu bukan sekadar memproses bahasa, tetapi turut memahami adab, memelihara hukum, serta mengangkat maruah budaya umat Islam.
Zahid berkata, pelancaran ini juga mengambil kira hakikat bahawa kebanyakan sistem AI global dibangunkan di Barat, namun nilai dan keutamaan yang dibawa tidak semestinya selari dengan cara hidup dan aspirasi kita.