PETALING JAYA: Kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah (CPI) 2025 Transparency International bertambah baik apabila naik ke tangga ke-54 berbanding ke-57 tahun lalu.
CPI menilai 182 negara berdasarkan tahap persepsi rasuah sektor awam, menggunakan skala 0 (sangat rasuah) hingga 100 (sangat bersih).
Malaysia mencatatkan skor 52 mata tahun ini, meningkat daripada 50 mata pada 2024 dan 2023.
