KUALA LUMPUR: Malaysia berkata ia telah memulakan rundingan mediasi dengan Julius Baer Group Ltd dalam usaha menyelesaikan saman berjumlah USD112 juta (RM462.84 juta) yang difailkan terhadap bank Switzerland itu oleh sebuah pasukan 1MDB.
SRC International (Malaysia) Ltd menyaman bank persendirian yang berpangkalan di Zurich itu pada 2021, mendakwa berlaku pelanggaran tugas fidusiari berhubung peranannya dalam skandal tersebut, menurut satu pemfailan di sebuah mahkamah di Hong Kong.
“Proses mediasi sedang berjalan,” kata Pengerusi Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB Johari Ghani kepada Bloomberg pada Khamis sebagai respons kepada pertanyaan.
