MatchPoint Times

Home

Malaysia perkukuh komitmen sifar sisa melalui Deklarasi Istanbul

Cover Image for Malaysia perkukuh komitmen sifar sisa melalui Deklarasi Istanbul

Malaysia berdiri seiring Turki dan 104 negara dalam mempromosikan sifar sisa sebagai tanggungjawab global dan asas kepada perbandaran mampan.

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan sokongan penuh dan pengesahan terhadap Deklarasi Istanbul mengenai Sifar Sisa, menzahirkan komitmen negara untuk memajukan pengurusan sisa lestari dan amalan ekonomi kitaran sejajar Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan Perjanjian Paris.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang juga presiden Perhimpunan UN-Habitat berkata Malaysia berdiri seiring kerajaan Turki dan 104 negara anggota dalam mempromosikan sifar sisa sebagai tanggungjawab global dan asas kepada perbandaran mampan.

“Malaysia menyokong dan mengesahkan Deklarasi Istanbul mengenai Sifar Sisa, yang menyeru momentum politik dikekalkan, kerjasama pelbagai peringkat diperkukuh dan mempercepat inisiatif sifar sisa yang secara langsung menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Tags:DeklarasiIstanbulNga Kor MingsifarsisaUN Habitat


Bolivia votes in runoff election, marking pro-market shift

The election is likely to result in a foreign policy shift closer to the US after decades of frosty relations.

🟡Reuters

Penang set to pioneer 2 harvests from one rice crop

An executive councillor says Mardi is awaiting help from Fujian to plant ratoon rice for the new padi season next month.

🟡FMT Reporters