MatchPoint Times

Home

Malaysia sokong usaha The Hague Group, tapi kurang selesa dengan prasyarat

Cover Image for Malaysia sokong usaha The Hague Group, tapi kurang selesa dengan prasyarat

Menteri Luar Mohamad Hasan berkata Malaysia teguh sokong negara Palestin merdeka, namun kandungan deklarasi tidak selaras dasar luar negara.

KUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan sokongan terhadap usaha The Hague Group mencari penyelesaian jangka panjang terhadap konflik di Gaza, namun mengambil pendekatan berhati-hati terhadap prasyarat serta kandungan Deklarasi New York yang sedang dibahaskan di peringkat antarabangsa.

Menteri Luar Mohamad Hasan, berkata Malaysia sentiasa menyokong usaha ke arah perdamaian berkekalan bagi rakyat Palestin dan penubuhan sebuah negara merdeka, namun tegas tidak akan menyokong sebarang inisiatif bertentangan prinsip dasar luar negara.

“Kita menyokong The Hague Group supaya ini (kekejaman Israel) dihentikan…tetapi Malaysia berhati-hati di dalam usaha ini kerana ada prasyarat yang kita sendiri rasa kurang selesa untuk kita bersama-sama memperakukan dokumen hasil dikeluarkan negara-negara tersebut.

Tags:Dewan RakyatIsraelMerdekaMohamad HasanPalestinThe Hague Group


PKR leader dismisses Puad’s Selangor claim as ‘coffee shop talk’

PKR Youth deputy chief Izuan Kasim says by the same logic, PKR can also become the dominant party in Johor and Melaka.

🟡Anne Muhammad

Housewife charged with murder of 7-month-old adopted baby

Siti Subrina Imran is accused of killing the child at a condominium unit in Cheras on July 30.

🟡Bernama