KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mahu gencatan senjata sedang berkuat kuasa antara Palestin dan Israel sekadar menjadi satu lagi jeda sebelum perang kembali menyusul semula di Gaza, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, walaupun Malaysia mengalu-alukan pelan damai Gaza dimulakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, “kita tidak mahu satu lagi jeda antara peperangan.”
“Kita sedang berdepan dengan (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu dan Kabinetnya, yang langsung tidak berselindung. Mereka tidak akan menghormati (gencatan senjata) itu.