MatchPoint Times

Home

Malek Razak dilantik panglima angkatan tentera baharu

Cover Image for Malek Razak dilantik panglima angkatan tentera baharu

Malek Razak Sulaiman sebelum ini adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat.

KUALA LUMPUR: Panglima Medan Barat Tentera Darat Malek Razak Sulaiman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu berkuat kuasa esok.

Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan Malek Razak dinaikkan ke pangkat daripada Leftenan Jeneral ke Jeneral seterusnya dilantik sebagai PAT.

“Pelantikan ini dibuat selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri ke-633 (Khas) yang bersidang pada 29 Jan lepas dan seterusnya telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Jan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tags:Kementerian PertahananMalek Razak SulaimanPATpelantikan


Muhyiddin masterstroke exposes PAS’s leadership vacuum

The Bersatu president’s resignation as PN chairman has shown that PAS is beset with internal factions and unable to decide on who should lead the coalition.

🟡Letter to the Editor

Kim Heong Popiah wowing the crowds since 1928

The family business has stood the test of time, drawing customers with its generously filled popiah and creamy bubur cha cha dessert.

🟡Sheela Vijayan @ FMT Lifestyle