ALOR SETAR: PAS Pulau Pinang terus menyingkap dinamik politik di negeri itu, apabila menyeru kepimpinan parti agar ‘mempertahankan’ kerusi majoriti Melayu.
Wakil mereka, Muhammad Hafis Alias, memberitahu delegasi muktamar tahunan PAS kali ini bahawa majoriti pengundi di 15 daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang adalah Melayu, termasuk DUN Bayan Lepas yang katanya ‘terlepas’ ke tangan Gerakan.
Beliau menyifatkan menyerahkan DUN Bayan Lepas kepada Gerakan pada PRN lepas sebagai ‘titik hitam’.