KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu terus mencatatkan penurunan apabila 3,146 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri, setakat petang ini.
Di Pahang, situasi banjir di Rompin yang semakin pulih menyaksikan jumlah mangsa terjejas berkurangan kepada 2,575 mangsa daripada 859 keluarga yang ditempatkan di 33 PPS setakat 4.25 petang berbanding 4,873 mangsa daripada 1,655 keluarga di 41 PPS pada pagi tadi.
Berdasarkan aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kuantan masih merekodkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 1,986 orang yang berada di 19 PPS.
