KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Perak dan Selangor menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa mencatatkan penurunan manakala di Perlis dan Pahang kekal, setakat pagi ini.
Di Perak, mangsa banjir terus berkurangan kepada 1,455 orang daripada 430 keluarga yang berlindung di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah berbanding 1,539 orang daripada 470 keluarga malam tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), daerah Hilir Perak masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 736 orang diikuti Bagan Datuk (421) dan Manjung (298).
