MatchPoint Times

Home

Marhamah jawab dakwaan tabung ‘Justice for Zara’, tipu emas

Cover Image for Marhamah jawab dakwaan tabung ‘Justice for Zara’, tipu emas

Timbalan menteri hal ehwal agama berkata kutipan dana itu dapat permit Jabatan Ketua Menteri dan dimaklumkan kepada polis Sabah, selain nafi jadi ejen berkait emas.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli menegaskan tiada dana disalah guna dalam pengurusan akaun ‘Tabung Justice for Zara’ bagi menampung kos proses inkues.

Selaku aktivis yang memulakan gerakan itu, beliau berkata akaun tabung berkenaan diasing sepenuhnya dan tidak bercampur dengan akaun lain NGO yang pernah dipengerusikannya. Sebaliknya, tabung itu mempunyai penama tersendiri yang melibatkan ibu Zara Qairina Mahathir, beberapa peguam, serta jawatankuasa NGO.

Katanya, setakat 9 pagi hari ini, jumlah kutipan tabung berkenaan adalah RM254,995.92 dengan baki RM96,059.97 selepas mengambil kira perbelanjaan, termasuk kos pengangkutan, dan penginapan saksi pakar serta keluarga Zara sepanjang persiapan dan perjalanan inkues.

Tags:danaemasMarhamah RosliscamZara Qairina


Asian markets close mixed as US jobs data dampens rate cut hopes

With Fed officials signalling rate cuts are unlikely for now, and amid concerns over tech valuations and AI spending, trading sentiment has remained subdued.

🟡AFP

‘Justice for Zara’ fund fully accounted for, says deputy minister

Newly appointed deputy religious affairs minister Marhamah Rosli denies any misuse of the money raised amid allegations and social media rumours.

🟡FMT Reporters